Menteri Luar Iraq berkata, “ISIS datang dengan nama Islam demi menjatuhkan maruah umat.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Menteri Luar Iraq dalam persidangan Kongres Antarabangsa Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam di Qom berkata, “Anggota ISIS melakukan semua jenayah atas nama Islam. Ketahuilah, para ulama memikul tugas untuk memperkenalkan Islam yang sebenar.”
Kata Ibrahim Ja’fari lagi, “Mereka melakukan jenayah di berbagai wilayah Iraq. Di kawasan penduduk Sunni, ISIS membunuh ramai orang termasuk orang tua. Kita sudah nyatakan sejak tahun 2004 bahawa pengganas tidak mempunyai agama dan tidak kenal agama.”
ISIS datang dengan nama Islam demi menjatuhkan maruah Islam. Ketahulah pengganas tidak mempunyai tempat dan kita perlu memberikan reaksi. Kenapa mereka tidak pergi ke Palestin, hari ini di mana-manapun umat Islam diancam ISIS. Iraq merupakan sebuah tempat yang ada ISIS. Ketahuilah rakan-rakan di Iraq bangkit dengan susah payah menghadapi mereka dan insan yang menghadapi ISIS di Iraq adalah manusia yang bernilai.”
“Ada juga gerakan yang cuba menghalang operasi pembasmian ISIS, namun hingga kini askar mengambil keputusan betapa pentingnya memerangi ISIS.
“Semua anak yang lahir adalah anak-anak kita, jangan biarkan mereka memperalatkan anak-anak.
“Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang berada dalam persidangan ini dan kata-kata Ayatullah Makarim Syirazi perlu dilaksanakan. Saya berhadap perkara yang diucapkan beliau merupakan jalan penyelesaian dan kita mampu mencapai matalamat.”